Alhamdulillah

Assalamualaikum w.b.t.

Syukur ke hadrat Illahi keran dengan limpah kurnianya, batuk yang aku alami telah berkurangan dan beransur pulih. Resepi tradisional Mak aku jugak yang paling mujarab - air buah kembang semangkuk + gula batu yang diembunkan semalaman. Memang terbaiklah!!! Thank you, Allah n to my Mak too. Di kesempatan ni jugak, aku nak ucapkan Gong Xi Fa Chai kepada semua rakyat Malaysia yang berbangsa Cina. Tahun ni adalah Tahun Naga Air dan menurut kepercayaan orang-orang Cina, tahun Naga Air dipredeksi sebagai tahun yang membawa banyak keuntungan dalam bidang ekonomi (semoga ekonomi Malaysia bertambah stabil dan maju) dan tahun Naga Air ini disifatkan sebagai tahun yang  menjernihkan, mendinginkan, jadi segala yang  panas di tahun 2011 akan menjadi  tenang di tahun 2012. InsyaAllah. Harapan aku semoga tahun 2012 ini akan membawa lebih banyak keberkatan, kebahagian, rezeki yang melimpah ruah dan kejayaan. Akhir kata, selamat maju jaya dan happy-happy selalu. Wassalam.

Si Hitam Manis

Assalamualaikum...

Jam 09.00 pagi ni ada Mesyuarat Mingguan JBSNS di Aras 1. Mesyuarat berlangsung hingga jam 12.20t/hari. Perut dah berkeroncong. Kena pulak sambung Mesyuarat Unit Belia di Aras 2. Tapi, last minute cancel sebab PP(B) ada urusan ke KBS. Dan sesuatu yang tidak pernah diduga telah berlaku. Di kala ini barulah aku sedar apa tanggapan dia terhadap aku. Apa yang dia tak puas hati dengan aku? Semua kerja yang dia minta aku selesaikan. Kalau ada yang tidak berkenan di mata atau di hati, bawalah berbincang. Tak perlulah memburuk-burukkan aku depan Pengarah. Ingat Pengarah tu tak ada otak nak fikir ke? Dari kenyataan, nampak sangat yang kau tu saja create isu yang tak bernas untuk jatuhkan aku. Silap perhitungan plak kau kali ni. Tapi, aku bersyukur sebab Allah telah tunjukkan kebenaran. Thank you, Allah...

Semoga Rohnya Dicucuri Rahmat

Assalamualaikum...


Tanggal 11 Januari 2012 jam 4.45 ptg... Hajah Imbam binti Rawoh telah dijemput pulang ke alam barzakh. Pemergian yang tidak diduga. Arwah Wan tidak mempamerkan sebarang reaksi pelik di saat waktu semakin hampir. Lafaz Allah kali ketiga telah membawa arwah Wan ke alam yang lain. Seisi keluarga diselubungi kesedihan yang tak terbendung. Alhamdulillah, jenazah arwah Wan disempurnakan dengan lancar dan dikebumikan pada 12 Januari 2012 selepas solat Zohor di Tanah Perkuburan Islam Kampun Serting Ilir, Bahau. Semoga arwah Wan tenang di perbaringannya. Kami akan sentiasa merinduinya. Ya Allah, Kau tempatkanlah beliau di kalangan orang-orang yang beriman. Amin Ya Rabbal Alamin.

Berlibur bersama yang tersayang...

Assalamualaikum...
Hmm...da hampir seminggu tak ber'blog'...sibuk dengan kerja kat ofis n ditambah pula dengan kesihatan yang tak menentu..demam, batuk n selsema...nasibbaik ada yang tersayang menemani di sisi...arini da rasa okey, Abang ajak jalan-jalan n tengok wayang...Abang cakap cuba ambil angin luar pulak, takkan sakit asyik nak tidur je...hehehe...I Love You, Abang...mmmuuuaaahhh!!!!