Semoga Rohnya Dicucuri Rahmat

Assalamualaikum...


Tanggal 11 Januari 2012 jam 4.45 ptg... Hajah Imbam binti Rawoh telah dijemput pulang ke alam barzakh. Pemergian yang tidak diduga. Arwah Wan tidak mempamerkan sebarang reaksi pelik di saat waktu semakin hampir. Lafaz Allah kali ketiga telah membawa arwah Wan ke alam yang lain. Seisi keluarga diselubungi kesedihan yang tak terbendung. Alhamdulillah, jenazah arwah Wan disempurnakan dengan lancar dan dikebumikan pada 12 Januari 2012 selepas solat Zohor di Tanah Perkuburan Islam Kampun Serting Ilir, Bahau. Semoga arwah Wan tenang di perbaringannya. Kami akan sentiasa merinduinya. Ya Allah, Kau tempatkanlah beliau di kalangan orang-orang yang beriman. Amin Ya Rabbal Alamin.

No comments:

Post a Comment