Si Hitam Manis

Assalamualaikum...

Jam 09.00 pagi ni ada Mesyuarat Mingguan JBSNS di Aras 1. Mesyuarat berlangsung hingga jam 12.20t/hari. Perut dah berkeroncong. Kena pulak sambung Mesyuarat Unit Belia di Aras 2. Tapi, last minute cancel sebab PP(B) ada urusan ke KBS. Dan sesuatu yang tidak pernah diduga telah berlaku. Di kala ini barulah aku sedar apa tanggapan dia terhadap aku. Apa yang dia tak puas hati dengan aku? Semua kerja yang dia minta aku selesaikan. Kalau ada yang tidak berkenan di mata atau di hati, bawalah berbincang. Tak perlulah memburuk-burukkan aku depan Pengarah. Ingat Pengarah tu tak ada otak nak fikir ke? Dari kenyataan, nampak sangat yang kau tu saja create isu yang tak bernas untuk jatuhkan aku. Silap perhitungan plak kau kali ni. Tapi, aku bersyukur sebab Allah telah tunjukkan kebenaran. Thank you, Allah...

No comments:

Post a Comment